07 Julai 2012

Klinik Kita & Borak Kedai Kopi

Aku nak cari gambar-gambar masa kat sinilah yang terjumpa gambar2 kat entry Ooh Emm Gee tu...gambar-gambar ni masa kat klinik kita masa Danial jatuh sampai berjahit hari tu.  Baru teringat yang masa tu aku guna hp lama lagi.  Lain yang di cari lain yang aku jumpa... Tu gambar tengah tunggu turn nak jumpa doktor.  Muka minta simpati aje aku tengok masa ni.  Dia duduk diam aje, mungkin masih ada rasa sakit nyut-nyut kot.
Baring ya adik...dah sekolah...umur berapa..bla..bla...tulah soalan yang doktor tanya untuk mengkhayal kan dia sementara nak bius tu...
aku yang ngeri sebenarnya...ngeri-ngeri pun nak juga tu ambil gambar.  Nak tunjuk kat ayah dia dan untuk tatapan dia juga nanti bila dah besar sikit.
doktor dah nak simpulkan tali tu...aduhhh ngilu rasa kat perut aku ni...mujur danial tak menangis apa...good boy sangat.  doktor suruh pegang kat kaki dia takut kalau dia meronta.  Alhamdulillah tak ada apa pun.
Habis aje urusan kat klinik kita, terus nak pergi makan.  tapi kedai Homst tu cepat sangat dah nak tutup.  tu yang kita orang gi kat Borak kedai kopi aje.
 mak ngah punya-kue tiaw tomyam
 pak ngah punya-yee mee cantonese kot
 eimran n yasmin punya-fish n chips
danial punya-roti bakar aje.  tapi dia bukan nak makan pun, sudahnya dia pow pak ngah dia punya yee mee.
aku punya-ice jagung.  minum aje.  makan cuit-cuit sikit anak-anak punya...tak lalu nak makan kononnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails