02 Julai 2012

Rambutan oh Rambutan

Pagi Ahad lepas kenduri tu kita orang pergi pulak rumah mak sedara aku kat kampung permatang pasir.  Apa lagi kalau tak mengambil rambutan ni.  Cousin aku siap angkut anak-anak buah ngan anak aku sekali nak suruh ambil rambutan.  Aku datang kemudian pasal Danial menangis nak ikut dia orang.  Sudahnya tak pasal-pasal en suami memanjat pokok nak kait rambutan.
Anak-anak duk kutip kat bawah.  Bertuahnya budak-budak ni, masing-masing duk sibuk mengambil untuk mak dia orang aje...so mana buah yang gugur di kait dek pakndak dia orang tu, berebut-rebut dia orang yang kat bawah ni ambil...sabar ajelah aku...
ni mak lang ngan pak lang aku tuh tengah nak sisir pisang.  kat rumah aku pisang tu dah selamat di makan gitu aje oleh anak-anak aku.  Qaseh siap cakap lagi, jom pergi rumah nek lang...ambil pitang...
 qaseh pun rajin tolong kutip rambutan...kak waaa..ko jadi mandur aje ke????
 nampak tu, my laling tengah kait rambutan kat atas pokok...
larat ke tak nak angkat tu...
masih menggunakan galah untuk meninggikan dahan-dahan yang terkulai layu menyembah bumi...

1 ulasan:

  1. salam kenal...wah seronok betul musim buah2an dusun... rindu tanah air...huhu

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails