Naperlah gambar yasmin ni terbalik pulak. Tak ada daya dah aku nak membetulkannya. Ni kejadian hari Ahad lepas. Sebenarnya dari hari Sabtu lagi dia duk merengek dari pagi sampailah nak masuk waktu berbuka. Dia senyap time tidur aje. Betul betul menguji kesabaran aku.
Aku pun tak kuasalah nak marah-marah sangat bulan puasa ni...cukup sekadar aku meninggikan suara ajelah...padahal dah besar tu...macam lah sebelum ni tak pernah puasa. Yasmin ni memang tak ada masalah nak bangun sahur, tapi ntah kenapa tahun ni bila kejut aje bangun sahur mesti dia nak menangis...di sebabkan dua hari tu dia asyik merengek aje, sahur pagi Isnin tu terus aku suap paksa dia makan nasi...hambekkkk kau...sampai sendawa kekenyangan dia. Lepas tu aku siap sound, hari ni lagi letih nak pergi sekolah, jangan nak merengek-rengek ya...
Padahal kan sebelum tu masa ayah dia ada elok aje dia. Bila ayah dia pergi aje kerja mula lah dia merengek...tu yang aku ambil gambar dia, bukti nak tunjuk kat ayah dia lah ni. Malam tu dia kenalah dengar ceramah ayah dia pulak. Kalau aku punya ceramah dia orang dah tak heran...masuk telinga kanan keluar telinga kiri...cam tulah lebih kurang. Bila ayah buka mulut, mata semua ke bawah, cuba kalau aku yang bersuara...maunya ada yang tangan dibahu mata ke atas...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan