11 Julai 2012

Sambal Jawa

Ada juga yang panggil sambal goreng jawa...whatever...janji ada sambal dan jawa.  walaupun yang nak makan bukanlah orang jawa, orang biasa-biasa aje...Aku buat sambal jawa ni hari Sabtu lepas.  Memang banyak kojo kalau membuatnya.  Kenalah sabarkan kalau nak makan lain sikit.
Sambil aku duk memotong bahan-bahan ni, aku suruhlah eimran google kat blog kak Jee.  Suruh aje dia baca bahan-bahan dan cara-cara nak masak.  Kejap-kejap aku suruh baca, kejap-kejap aku suruh baca...nak menyalin pemalas...ada juga bahan yang tak ada, lepas tu aku tambah su`un.  Aku rasa aku terkurang letak santan kot jadilah rasa dia kurang lemak-lemak gitu.  Aku letak jugak hati dan mempedal ayam.  Oh ya, cili kering pun tak ada!  Tapi aku rasa sedap jugak.  dulu kalau raya kakak aku pun pernah masak sambal jawa ni, so aku boleh agaklah cam ner rasanya.  Yang pasti, sambal jawa ku ini habissssss... Alhamdulillah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails