20 Julai 2012

Sogo Preview Sale

Hari Jumaat lepas.  Aku pergi pun lepas office hour.  Saja tak nak ambil cuti sebab nanti terjebak beli yang bukan sepatutnya.  Jadi bila pergi dalam masa yang limited tu, terus ajelah terjah ke tempat yang di tetapkan.  Barulah boleh fokus nak capai apa.


so pada hari kejadian, dapatlah beberapa helai baju untuk yasmin, dan sehelai untuk qaseh.  Untuk anak-anak lelaki belum dapat yang berkenan lagi.  InsyaAllah hari Ahad ni akan bersambung operasi.  Tapi kali ni dengan dia orang sekali lah.  Haruslah melepek lepas tu, dah puasa kan...
Hasil rembatan hari tu, dapat lah redeem coupon sogo RM 20 aje.  Oklah kan.  Beratur nak membayar pun boleh tahan hari tu, lepas tu beratur nak menukar coupon ni rasa macam nak tercabut dah lutut aku.  Pergi kat food court nak beli air pun tak lepas.  Tak ada seat langsung!  Nak beli air pun beratur panjang.  Turun kat Mc D pun sama.  Sudahnya aku beli kebab kat Kyros kebab aje.  Lega sangat dapat tempat duduk. 
Dah lama bebenor aku tak naik LRT.  Lebih dari setahun ada rasanya.  Masa nak pergi sogo tu berkesempatan lah aku naik LRT.  kalau sorang-sorang tu maunya jakun jugak nak menggunakan machine tiketnya.  Sib baik kawan aku tu dah berpengalaman dalam bab-bab menggunakan machine tu.  Tapi aku memang tahu yang sekarang ni LRT dah tak pakai tiket lagi, pakai coin cam dlm gambar tu...kena beli kat machine aje.  Kalau beli kat kaunter tak layan.  Jadi aku pun tak tahu apa fungsi dia orang duduk kat kaunter tu.  Kawan aku cuba beli kat kaunter pun dia tak layan, suruh jugak beli kat machine...canggih dah LRT skrg...ehhh tren tu sama aje lagi cuma tukar dari tiket ke coins tu aje...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails