05 Julai 2012

Temasya Sukan SKKP Lagi

Haruslah tiap-tiap tahun ada sukan kat sekolah kan.  Tahun ni sekolah anak-anak aku buat sukan hari Ahad.  Baru betul boleh cuti hari Isnin.  Selalunya sukan hari Sabtu tapi cuti tetap hari Isninkan.


Tapi kali ni aku kena bawa dua orang yang kecik tu.  Boleh pulak dia orang terbangun awal hari Ahad tu...sabar ajelah.  Kalau dah bawa dua orang tu, mental dan fizikal kena kuat.
Sampai sekolah aje masing-masing sibuk ajak ke kantin nak beli air.  
Cepat-cepat minum sebab nak ambil gambar abang eimran yang masuk perbarisan tahun ni. Tapi muka dia serius sungguh, tak nak senyum langsung.  tak suka lah tu mak dia ambil gambar...ohh ni rumah hijau, temanya angkasa kalau tak silap.
 rumah merah, ntah apa tema tak ingatlah
 rumah biru-hidupan laut.  siap ada ala-ala duyung gitu..
 rumah kunig dengan maskot digi-full coverage digi kat sini
 alaaa gambar ni terbaliklah pulak...persembahan oleh murid pra-sekolah  
 ni pulak senamrobik oleh murid tahun 3.  
 perbarisan rumah sukan di mulakan oleh ketua murid-kawan kelas eimran
 rumah biru lagi
 rumah merah
 rumah hijau-rumah sukan eimran
 rumah kuning
 sebab aku pengguna setia DiGi, letak lagi gambar rumah kuning

Yasmin tak masuk apa-apa acara sukan pun.  Eimran masuk sukaneka dan tarik tali.  Sukaneka dah berlangsung masa hari sekolah, dapat hadiah rasanya.  Tarik tali dia dapat tempat kedua sama macam tahun lepas.  Tapi tahun ni aku tak dapatlah nak menunggu sampai acara tarik tali tu...qaseh pun dah macam nak tidur aje aku tengok.  Lagipun kalau tak balik cepat, macam-macam lagi dia orang pow aku kat sekolah tu.  So aku memang kena cepat-cepat berangkat pulang...

nampak tu kat tangan danial ngan yasmin...Dahhh jom balikkk...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails