04 Julai 2012

Jom Minum Petang

Tea time hari Ahad lepas.  Buat cekodok ni atas permintaan eimran dengan yasmin.  Resepi ni dia orang baca kat dalam buku resepi yang aku baru beli kat sekolah dia orang hari tu.  Petang tu juga buatkan dia orang cekodok ni.  Ada kentang yang didadu, bawang besar di dadu, udang dan aku tambah daun bawang.  Sedap di makan panas-panas cicah dengan cili sos.  Kalau ada cili sos thai tu mesti lagi sedap kan...okey jemput makan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails