19 Jun 2012

Ke Sekolah SKKP

 Aku kan cuti hari Khamis lepas...tapi bukan cuti sesaja...banyak urusan seri paduka baginda yang nak kena aku uruskan.  Tapi yang paling sadisnya...boleh pulak terlambat bangun pagi tu...terus Eimran tak pergi sekolah.  Sian kat anak aku tu.  Aku ajelah yang pergi sekolah nak ambil report kad dia.  Pengiring aku sapa lagi kalau tak Yasmin.
Ni sementara menunggu turn nak berjumpa dengan guru kelas dia.  Masa ni dah ramai juga kawan kelas dia dah balik awal...mak bapak datang ambil report kad, terus lah angkut anak balik sekali.  Kalau duduk kat kelas pun bukannya belajar.  Kira oklah tu eimran tak pergi sekolah hari tu...
Lagi gambar kawan-kawan kat kelas eimran.  Masa nak balik tu aku sempatlah interview dua orang kawan dia.  Saja nak tahu Eimran ni macam mana kat sekolah...kawan dia kata dia ok, tak banyak sangat cakap.  Kira oklah tu...tapi yang kelakarnya, kawan dia kata, mak ko cakap laju...sabar ajelah...patutlah bila aku cakap tu kawan dia macam duk tengah fikir2 aje muka dia...ngeh..ngeh..ngeh...
Balik dr sekolah tu laju-laju aje masak...Yasmin pulak nak pergi sekolah petang.  Sementara menunggu kakak aku nak bawa Danial gi buka jahit kat kepala tu, aku masaklah.  Ngam-ngam aku habis masak, kakak aku sampai.  Berkejar lah pulak bawa Danial gi Klinik.  Settled semua baru pergi sekolah yasmin pulak.  
Dia memang dah pesan suruh datang cepat...sebab dia nak balik cepat.  Ada ke suruh aku datang pukul 1.30.  Baru masuk kelas dah balik...baik tak payah datang ajekan...Tu dia duduk sorang-sorang kat belakang.  Nampak aje aku datang, terserlah kegembiraan kat wajah bulat dia tu.


Tapi yang sadisnya masa nak ambil report kad ni, adalah pulak cikgu yang dia takut last year tu...eerrrmmmm...sabar ajelah...aku pun kalau boleh tak nak lah jumpa cikgu tu...cikgu tu pulak kan memang ingat lah pulak kat yasmin ni...bila dia tahu aku ni mak yasmin, terus dia cakap, oohhh yasmin yang takut dengan saya last year tu ya...tahun ni kita jumpa lagi.  Tak dapat lari lah dah ya...aku sengih ajelah...tapi cikgu ni memanglah garang.  Bukan aje garang, selamba dek dia aje jerit kat murid kelas tu...suara dahlah besar...Lain-lain dia tak ada komen pasal yasmin, dia kata yasmin ok..baik...
tu lah cikgu tu

2 ulasan:

  1. Wah, gambar yang paling atas tu paling cun!

    Yati! masa anak-anak saya masih bersekolah dulu, inilah hari yang paling saya tunggu2, ambik report kad.

    BalasPadam
  2. hahahaa...gambar tuan tanah tu kak...saya pun tunggu hari ini dlm sejarah jugak kak. tu yang macam mana pun kena ambil cuti juga...

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails