27 Julai 2012

Menu Berbuka @ 4 Ramadhan

4 Ramadhan hari tu sama dengan hari Selasa 24/7/2012.  Aku rasa cam nak demam.  Ngan sakit kepala, pergi klinik dapatlah MC setengah hari + satu hari esoknya...
On the way nak balik tu, aku dah tanya kat en suami, katanya dia balik lambat...so ada chancelah aku nak buatkan anak-anak aku spagheti.  En suami aku tu kan kureng sikit kalau makan spagheti bagai ni...so singgahlah Giant kat kajang kejap cari bahan.
Dah separuh jalan berbuka baru teringat nak ambik gambar.  so nilah ghopernya.  Layankan jugak yasmin nak minum soya bean, tapi tu belilah kat bazar ramadhan.  Next day sahur pun kita orang makan lagi spaghetti ni.  Eimran makan masa berbuka tu aje sampai 3 kali menambah.  Suka betul dia...
Masa aku balik tu bibik dah siap bakar ayam.  Sedap juga tapi termasin lah pulak.
Buah-buahan tetap ada.  Anak-anak aku ni bukan makan sangat buah-buah ni.  Aku lah yang duk melantak buah-buah ni.  


Alhamdulillah kami berbuka serba sederhana.  Semua tu pun habis...kalau ada yang tak habis cam spaghetti tu repeat lagi masa sahur, kita orang okey jer...ayam bakar tu pun memang ada simpan untuk sahur.

2 ulasan:

  1. urmm...gulpp...dap nyer...terliur nengok makanan kat cni...

    BalasPadam
  2. Sedap nampaknya paghetti tu yati. Tengok kuah sosnya, mak aih terliur pulak. Cam terasa-rasa je dlm mulut ni!

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails