21 Oktober 2010

Rita Rudaini Hamil Anak ke 2

Dapat ni dr one of my friend...

Rita Rudaini Hamil Anak Kedua, Rela Mengalah Dengan Keluarga Aidil

Padanlah Rita Rudaini kebelakangan ini emosi tidak menentu, rupanya beliau disahkan hamil anak kedua dan akui tertekan dengan sikap keluarga Aidil yang kerap campur tangan dalam hal peribadi keluarga beliau. Rita berkata dia membayangkan keluarga Aidil dapat menerimanya ketika anak pertamanya dilahirkan, namun selepas hampir dua tahun dan kini hamil anak kedua, keluarga Aidil masih tidak dapat menerima dirinya.

Rita menegaskan lagi bahawa dia cuma ingin bahagia seperti wanita berkeluarga yang lain. Tidak pernah berniat untuk merampas Aidil daripada keluarga, cukuplah sekadar Aidil pandai membahagikan kasih sayang terhadap keluarga dan dirinya. Tambahnya lagi, dia sedia untuk beralah dengan keluarga Aidil, asalkan tiada lagi fitnah dilemparkan kepadanya. Cuma, berikan masa untuk seketika agar hatinya benar-benar pulih untuk berbaik dengan keluarga Aidil, dan bukan atas dasar paksaan.

Setakat ini, nampaknya hati keluarga Aidil sudah terbuka untuk menerima Rita apabila mereka sudi berkunjung ke kampungnya di Perlis. Kata Rita lagi, ‘keluarganya di kampung sudah lama menunggu kunjungan keluarga mertua, kecil tapak tangan, Stadium Medeka kami tadahkan.’

Aidil gembira dengan kehadiran anak kedua

Aidil Zafuan amat gembira dengan kehadiran anak kedua meski pun pelbagai kontroversi dalaman melanda mereka. Akui dirinya masih terlalu sayangkan Rita dan anaknya, dan pada masa yang sama menghormati kedua ibu bapanya.

Kata-kata Aidil seterusnya boleh membuatkan anda terharu, “Sebagai ketua keluarga, saya tetap berusaha perlahan-lahan memulihkan hubungan isteri dan keluarga. Saya sayangkan isteri, dalam masa yang sama, saya hormati ibu bapa saya. Impian saya mahu pertemukan Rita, keluarga mentua dan keluarga saya.

“Insya-Allah, saya mahu mereka berdamai. Saya percaya perbalahan tidak akan selesai jika masih berbalas kenyataan di akhbar, ia akan mengeruhkan hubungan.

“Kami sudah berbincang dari hati ke hati, Rita tidak kisah beralah, asalkan rumah tangga kami terpelihara. Apa yang saya nak tekankan di sini, tidak terdetik di hati kami nak bercerai seperti tersebar dalam internet.

“Walau apa pun yang berlaku, kami reda dan sanggup mengharungi suka duka bersama demi anak-anak kami. Berpisah jauh sekali,” katanya tenang.

Kredit berita : Berita Harian

1 ulasan:

Related Posts with Thumbnails